Zii Jia terkandas pusingan pertama China Masters

20 Nov 2024 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lee Zii Jia terkandas seawal pusingan pertama China Masters 2024 selepas tewas kepada pemain India, Lakshya Sen pada Rabu.

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terkandas seawal pusingan pertama China Masters 2024 selepas tewas kepada pemain India, Lakshya Sen pada Rabu.

Aksi yang berlangsung di Shenzhen Arena itu menyaksikan Zii Jia yang berada di ranking ketujuh dunia itu tewas pada set pertama 14-21 sebelum kembali memenangi set kedua 21-13 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Lakshya yang menghuni ranking ke-17 dunia nyata lebih bersedia untuk menghadapi set ketiga itu sekali gus melakar kemenangan 21-13.

Kekalahan itu meletakkan risiko kepada Zii Jia untuk mengekalkan tempat ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024.

Dalam pada itu, aksi lain membabitkan wakil negara menyaksikan dua daripada tiga beregu campuran negara meneruskan cabaran di pusingan kedua selepas menumbangkan lawan masing-masing.

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin berjaya melakar kemenangan straight set 21-17,21-12 ke atas gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh.

Selain itu, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien pula tidak berdepan masalah untuk menumbangkan wakli Algeria Koceila Julien Mammeri-Tanina Violette Mammeri 21-15, 21-13.

Namun, satu lagi beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terpaksa akur tunduk kepada pasangan China yang juga pilihan kedua kejohan Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 18-21, 11-21.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved