Zionis israel roboh dua apartmen milik penduduk Palestin

15 Mar 2023 • 11:24 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

BAITULMAQDIS: Zionis israel telah merobohkan dua apartmen lagi milik seorang lelaki Palestin dan adik perempuannya di kejiranan Sur Baher di selatan Baitulmaqdis yang diduduki.

Proses meroboh dibuat dengan menggunakan jentolak dengan alasan sama iaitu pembinaan yang dibuat tidak mempunyai permit, menurut sumber tempatan.

“Dua belas orang kehilangan tempat tinggal kesan daripada tindakan zalim mereka,” kata sumber.

Apartmen yang dirobohkan itu adalah 90 meter persegi setiap satu.

Dasar percerobohan israel di Baitulmaqdis baru-baru ini menyaksikan peningkatan yang ketara, termasuk merobohkan rumah serta mengeluarkan arahan perobohan dengan alasan tiada permit.

Pada tahun 1948, tahun Nakba, lebih 450 kampung dan bandar Palestin telah dihapuskan dari peta oleh zionis israel dan mengakibatkan 800,000 rakyat Palestin telah diasingkan serta kehilangan tempat tinggal.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia