Zizan Razak & Emma Maembong Hanya Kawan – “Kami Selalu Berhubung Untuk Tujuan Bekerja..”

LocalEntertainment
24 Feb 2025 • 2:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemesraan yang ditampilkan oleh pelawak Zizan Razak dan pelakon Emma Maembong ketika menjadi wajah kempen raya jenama fesyen terkenal, Hijabistahub, berjaya mencuri perhatian netizen.

Menurut OhBulan!, Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak tampil memberi penjelasan mengenai keakraban mereka dalam kempen tersebut.

Menurut Zizan, hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan, dan segala kemesraan yang ditunjukkan hanyalah sebahagian daripada profesionalisme mereka sebagai duta jenama.

image is not available

Saya menghormati pekerjaan saya. Apa yang terjadi antara saya dan Emma memang profesional dan kami buat semua itu untuk kerja.

 

Saya juga menghormati kedudukan Emma selepas bercerai dan ada teman lelaki.

image is not available

Saya risau juga ada salah faham kerana saya dengan bekas suami Emma sebelum ni memang baik. Tapi saya fikir niat untuk kerja sahaja.

 

Kami selalu juga berhubung sebelum ini untuk tujuan bekerja, ada bercerita juga tentang kehidupan dia tapi sewaktu sesi bergambar untuk Hijabistahub itu baru betul-betul berjumpa semula.

Dalam pada itu, pelawak itu tidak kisah jika ada pihak yang ‘merestui’ kemesraannya bersama pelakon itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIJABISTAHUB ® (@hijabista.hub)

Saya tiada masalah kerana tahu ni zaman media sosial, bila ada yang restu apa salahnya kami melayan.

 

Saya dengan dia bukan musuh, kami buat untuk kebaikan. Tapi, jangan berlebihan.

Terdahulu, Zizan dan Emma mendapat perhatian netizen sehingga ada yang mendakwa mereka menjalinkan hubungan istimewa.

image is not available 7 days ago

Zizan Razak Bongkar Ramai Berhutang Tapi Enggan Bayar – “Bila Minta Bayar Semula Mereka Terus Hilang..”