Zizie Izette Dilepas dan Dibebaskan Daripada Tiga Pertuduhan Subahat Rasuah RM2.8 Juta

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 10:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Balu kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada tiga pertuduhan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta berkaitan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan Zizie Izette, 48, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapinya.

Advertisement

s

Sepanjang prosiding, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How dan Mohd. Fadhly Mohd. Zamry, manakala Zizie Izette diwakili barisan peguam K. Kumaraendran, M. Athimulan dan Ridha Abdah Subri.

Mengikut pertuduhan pertama, pelakon itu didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad untuk memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid.

Wang tersebut didakwa diberikan sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta dalam produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Bagi pertuduhan kedua, Zizie Izette didakwa bersubahat memperoleh suapan RM262,500 daripada Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund yang didaftarkan atas namanya bagi tujuan sama.

Sementara itu, pertuduhan ketiga membabitkan dakwaan memperoleh suapan RM337,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar, menerusi akaun Public Ittikal Sequel Fund yang turut didaftarkan atas namanya.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Public Bank Berhad cawangan Taman Melawati pada 12 dan 19 Jun 2015 mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada 16 Januari lalu, Mahkamah Sesyen turut melepaskan dan membebaskan Allahyarham Bung Moktar daripada tiga pertuduhan rasuah berkenaan selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes susulan kematiannya pada 5 Disember 2025.  – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Network School2026-07-17 12:38:24

Pengasas Network School Tangguh Rancangan Pelaburan Di Malaysia - "Kami Tidak Mempunyai Apa-Apa Untuk Disembunyikan"

The post Zizie Izette Dilepas dan Dibebaskan Daripada Tiga Pertuduhan Subahat Rasuah RM2.8 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved