Zizie Izette puji Shaheizy Sam, sanggup tambah berat badan demi jayakan watak

LocalEntertainment
29 Sep 2024 • 5:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Datin Seri Zizie Izette puji Shaheizy Sam atas kesungguhan adiknya itu menaikkan berat badan semata-mata memenuhi tuntutan kerja.

Pemilik nama Zizie Izette Abdul Samad, 44, berkata, adiknya iaitu Sam sedang menjalani penggambaran sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

image is not available

Namun, komitmen yang ditunjukkan oleh Sam membuatkan dirinya tumpang bangga bagi menjayakan watak dalam naskah terbaharu itu, selain wajar dipuji.

“Ramai yang melihat transformasi Sam betul tak? Ini adalah untuk watak terbaharu dalam filem lakonannya di mana dia perlu menambah berat badna.
“Dia (Sam) sangat komited dengan watak yang diberikan,”tulis Zizie Izette di Instagram Story, semalam.

image is not available

Zizie Izette puji Shaheizy Sam

Selain mengagumi dedikasi yang ditunjukkan oleh adiknya, Zizie juga yakin suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu dapat menurunkan berat badan semula selepas menyelesaikan komitmen yang diberikan.

“Saya yakin dia akan berjaya menurunkan berat badan selepas tamat penggambaran filem tersebut.
“Dedikasi yang ditunjukkan oleh Sam sangat mengagumkan,”katanya lagi.

image is not available

Untuk pengetahuan, ia bukan kali pertama pelakon filem La Luna itu sanggup menaikkan berat badannya demi menjayakan sesuatu watak sehingga mendapat pujian kerana begitu mudah kembali ke bentuk asal.

Sumber: IG zizieizette

View Original Article