Zoho Corporation ialah sebuah syarikat pembangun teknologi perkhidmatan awanan dari India yang dikenali untuk penawaran seperti perkhidmatan emel Zoho Mail, perisian perakaunan Zoho Books dan platform perkhidmatan pelanggan Zoho CRM yang digunakan oleh banyak syarikat-syarikat kecil dan sederhana di seluruh dunia.
Zoho baru-baru ini telah membuka pejabat terbaru mereka di Wisma Consplant 2 di Subang Jaya, Selangor yang akan merumahkan bukan sahaja pembangun dari Zoho, tetapi juga mereka dari ManageEngine, anak syarikat Zoho Corporation yang membangunkan perisian pengurusan sistem IT.

Pada tahun 2025, Zoho mengukuhkan pelaburannya di Malaysia melalui perkongsian strategik dengan Cradle Fund Sdn Bhd untuk melancarkan program Zoho for Startups melalui platform MYStartup Single Window. Melalui inisiatif ini, Zoho akan menyediakan perisian bernilai lebih RM30 juta untuk menyokong 3,000 syarikat baharu, membolehkan akses kepada suit penyelesaian perniagaan bersepadu dan boleh diskala.
Pejabat Malaysia yang baru dibuka ini juga akan berfungsi sebagai hab untuk pembangunan kemahiran, bengkel, program latihan dan acara-acara komuniti bagi membantu pelanggan dan rakan kongsi membina kecekapan digital dan keselamatan siber yang lebih kukuh. ManageEngine telah mengekalkan kehadiran yang kukuh dan berkembang di Malaysia selama lebih sedekad. Sebelum ini, Zoho dilihat telah memperkenalkan acara-acara seperti Zoholics Malaysia 2025 dan ManageEngine UserConf Southeast Asia 2025.


