Zohram Mamdani Menang Pilihan Raya Datuk Bandar New York

WorldPolitics
5 Nov 2025 • 11:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Zohram Mamdani Menang Pilihan Raya Datuk Bandar New York

New York memilih Zohran Mamdani, seorang ahli politik berhaluan kiri, sebagai Datuk Bandar baharu dalam pilihan raya tempatan pada Selasa.

Menurut AFP, kemenangannya dianggap sebagai isyarat perubahan mood politik di Amerika Syarikat, ketika negara itu menuju pilihan raya pertengahan penggal tahun depan.

Kemenangan ini juga menjadikan Mamdani Datuk Bandar Muslim pertama dalam sejarah New York apabila beliau mengangkat sumpah pada Januari.

Mamdani, 34, yang merupakan Ahli Dewan Negeri bagi kawasan Queens, menang walaupun berdepan serangan peribadi dan kempen negatif terhadap dasar beliau serta latar belakangnya sebagai seorang Muslim.

Beliau meraih sokongan dengan agenda menangani kos sara hidup, termasuk cadangan tambang bas percuma, penjagaan kanak-kanak mampu milik dan pasar raya yang dikendalikan pihak bandar.

Strateginya yang dekat dengan masyarakat, penggunaan media sosial dan kempen turun padang yang besar memberi kelebihan ketara dalam meraih undi.

Mamdani pernah mengejutkan pemerhati politik apabila mengalahkan bekas Gabenor Andrew Cuomo untuk mendapatkan pencalonan Parti Demokrat sebelum ini dan sekali lagi menewaskannya dalam pilihan raya kali ini.

Beberapa ahli perniagaan dan media konservatif turut menjalankan kempen menentang Mamdani, namun jumlah keluar mengundi yang tinggi melebihi 1.45 juta orang memperlihatkan mobilisasi pengundi yang kuat daripada penyokongnya.

Sumber: AFP

The post Zohram Mamdani Menang Pilihan Raya Datuk Bandar New York appeared first on Siakap Keli.