Zohran Mamdani Cipta Sejarah, Angkat Sumpah Datuk Bandar New York Guna Al-Quran

WorldPolitics
1 Jan 2026 • 8:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Zohran Mamdani mencipta sejarah apabila menjadi Datuk Bandar New York pertama mengangkat sumpah jawatan menggunakan al-Quran, sekali gus menandakan pelantikannya sebagai Datuk Bandar Muslim pertama bagi kota metropolitan terbesar di Amerika Syarikat.

image is not available

Zohran Mamdani angkat sumpah guna al-Quran peninggalan datuk

Ahli politik berusia 34 tahun itu menggunakan kitab suci peninggalan datuknya serta sebuah salinan al-Quran berusia hampir 200 tahun yang dipinjam dari Perpustakaan Awam New York (NYPL) dalam majlis angkat sumpah persendirian yang berlangsung di sebuah stesen kereta api bawah tanah terbiar di Times Square, pada Khamis.

image is not available

Komitmen beliau terhadap golongan pekerja

Menurut pejabat beliau, pemilihan lokasi di bawah Dewan Bandar Raya itu melambangkan komitmen Mamdani terhadap golongan pekerja, selari dengan kempen Parti Demokrat yang memberi penekanan terhadap isu kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Ia satu penghormatan seumur hidup,” katanya selepas majlis angkat sumpah yang disempurnakan di hadapan Peguam Negara New York, Letitia James, yang sebelum ini pernah mendakwa Presiden Donald Trump berhubung kes penipuan.

image is not available

Artikel lain: Zohran Mamdani Cipta Sejarah, Jadi Datuk Bandar Muslim Pertama New York

Pelantikan Zohran Mamdani yang dilahirkan di Uganda itu dijangka mencetuskan pertikaian politik dengan Trump, memandangkan kedua-duanya mempunyai pendirian yang bertentangan, khususnya dalam isu imigresen.

Sumber: The New York Times

The post Zohran Mamdani Cipta Sejarah, Angkat Sumpah Datuk Bandar New York Guna Al-Quran appeared first on Borak Daily.