Zon Pedalaman Atas ungguli Temasya Sukan MUJAS

9 Jul 2023 • 3:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kontinjen Zon Pedalaman Atas mengungguli Temasya Sukan MUJAS dan Kesenian Islam dengan mengumpul enam emas sekaligus menjuarai kejohanan sukan bagi jabatan dan agensi agama di Sabah.

Sebanyak 18 acara dipertandingkan dan pingat emas kontinjen itu disumbangkan melalui acara memanah lelaki/wanita, bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan juara pertandingan nasyid (Kesenian Islam).

Kontinjen itu turut meraih tiga perak serta empat gangsa masing-masing bagi acara badminton, bola tampar (lelaki) dan ping pong serta bola tampar (wanita), nasyid (lelaki), pertandingan kompang dan pantun.

Sebanyak 10 kontinjen menyertai temasya itu iaitu Pejabat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) di semua zon termasuk Pejabat Baitul Mal dan Mufti Sabah.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more Temasya yang berlangsung selama enam hari bermula Isnin lepas dirasmikan penutupannya oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam di Padang Merdeka, di sini, pada Sabtu.

Ruslan dalam ucapannya menyambut baik penganjuran temasya itu kerana selain membina hubungan baik, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara warga jabatan kerajaan.

Katanya, aspek itu juga sebagai wadah memperkasakan lagi mutu perkhidmatan semua penjawat awam terlibat, sekaligus melahirkan gerak kerja lebih produktif.

“Saya yakin semangat juang dan berpasukan yang tinggi ini sentiasa diadaptasikan dalam organisasi masing-masing, sekaligus menonjolkan penyampaian mutu kerja berdedikasi serta berintegriti,” katanya.

Hadir sama Pengarah Jheains, Datuk Saifulzaman Sangul; Setiausaha MUIS, Ramlan Ag Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Baitul Mal Negeri Sabah, Dr. Awang Faisal Assyiffa Ag Rahim.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.