Zoom Akan Mengintegrasikan AI Claude Yang Boleh Membaca Dokumen Panjang Dalam Masa Seminit

TechnologyDigital
17 May 2023 • 11:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Isnin lalu kami laporkan mengenai kecerdasan buatan (AI) Claude oleh Anthropic yang boleh membaca sebuah novel dalam masa hanya 60 saat. Ia kemudian boleh menghasilkan ringkasan dan menjawab soalan berkenaan buku tersebut seperti sebuah chatbot. Zoom hari ini mengumumkan mereka akan mengintegrasikan Claude pada produk mereka bermula dengan Zoom Contact Center.

image is not available

Ia kemudiannya kan dikembangkan kepada Team Chat, Meetings, Phone, Whiteboard, dan Zoom IQ. Menerusi integrasi Claude, Zoom berharap dapat menawarkan perkhidmatan AI yang boleh dipercayai dan berguna untuk pelanggan mereka.

Kemampuan Claude membaca dokumen dengan 65,000 patah perkataan dalam masa seminit sahaja sebelum menghasilkan ringkasan pastinya membantu organisasi mempercepatkan proses mereka. Turut diumumkan hari ini ialah Zoom melakukan pelaburan ke dalam Anthropic tetapi nilai yang dilakukan tidak didedahkan.

  • Sumber