Zoom Kini Menyokong Sehingga 1 Juta Peserta Melalui Zoom Webinar

TechnologyDigital
20 Aug 2024 • 9:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Zoom merupakan salah satu perkhidmatan telesidang yang digunakan ramai dalam melakukan panggilan video mahupun menawarkan webinar melaluinya. Terbaru, hari ini, Zoom mengumumkan sokongan untuk sehingga 1 juta peserta boleh mengikuti sesuatu persidangan atau webinar – sekaligus menjadikannya antara pilihan yang baik bagi persidangan web bersaiz besar.

image is not available

Zoom Webinar ini menawarkan beberapa pilihan pakej, bermula daripada kapasiti 10,000 pengguna, dan meningkat kepada 50K, 100K, 250K, 500K dan juga 1 juta. Zoom juga melengkapkan penawaran ini melalui sokongan untuk perkhidmatan berasaskan acara dibawah pakej mereka, menjadikan sesuatu persidangan berasaskan web lebih menarik berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, Zoom Webinar ini terhad kepada pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan ke pasaran lain.