Zoom Pada Vision Pro Menyokong Avatar Dan Perkongsian Objek 3D

TechnologyDigital
30 Jan 2024 • 10:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Zoom mengumumkan aplikasi khas untuk Apple Vision Pro. Pada versi peranti perkomputeran spatial ini pengguna boleh menggantikan diri mereka dengan Personas yang adalah avatar 3D yang mirip diri mereka sendiri sebagai pengganti dalam sesi telesidang. Kerana mereka memakai set kepala, avatar 3D ialah pengganti diri yang paling sesuai.

image is not available

Turut diumumkan ialah sokongan perkongsian objek secara 3D dalam Zoom. Ciri Zoom 3D Sharing membolehkan model tiga dimensi dikongsi dalam sesi telesidang oleh pembangun permainan video, pengamal media dan seni reka. Model ini kemudian boleh dimanipulasi secara berkumpulan oleh peserta telesidang.

Aplikasi Zoom untuk Vision Pro juga menyokong audio spatial supaya pengguna boleh mendengar dari arah mana bunyi dihasilkan. Sokongan lain khusus untuk Vision Pro ialah sehingga lima peserta telesidang Zoom boleh “di pin” dalam ruang maya secara bebas oleh pengguna. Zoom untuk Vision Pro boleh dimuat turun bermula 2 Februari depan.