ZOTAC Mengemaskini Spesifikasi Prototaip Konsol PC Mudah-Alih Terbaru Mereka

TechnologyDigital
22 May 2025 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada tahun lepas, ZOTAC telah melancarkan konsol PC mudah-alih mereka yang pertama, yang dinamakan ZOTAC Zone, yang juga dijual di Malaysia.

Pada awal tahun ini, ZOTAC telah memperlihatkan prototaip konsol baru mereka sewaktu acara CES 2025, dan kini di acara Computex Taipei, mereka telah mengemaskini spesifikasi konsol tersebut dengan beberapa butiran baru.

image is not available

Diantara spesifikasi yang tidak berubah apabila dibandingkan dengan pengenalannya pada awal tahun ini ialah penggunaan cip pemprosesan AMD Ryzen AI 9 370HX dan paparan skrin bersaiz 7.0 inci dan juga penggunaan alat kawalan dengan suis Hall Effect dan juga dua pad sesentuh yang boleh digunakan untuk mengawal tatalan menu dan dijadikan sebagai sebuah tetikus.

image is not available

Terkini, pihak ZOTAC mengatakan bahawa mereka bertindak memilih untuk menggunakan sistem operasi baru yang sedikit berbeza. ZOTAC tidak akan menggunakan Microsoft Windows 11 ataupun Steam OS, tetapi Manjaro Linux sebagai pilihan, dengan perisian Steam sebagai sebahagian daripada pilihan perisian permainan konsol ini.

image is not available

Dengan sistem operasi Manjaro Linux, ZOTAC nampaknya memilih untuk bergantung kepada perisian Proton yang dibangunkan oleh Valve untuk membolehkan pengguna memainkan permainan-permainan komputer berasaskan Windows pada konsol ini.

image is not available

Dalam pada itu, ZOTAC juga mengatakan bahawa mereka masih belum membuat keputusan samada mahu menggunakan pilihan memori 24GB ataupun 32GB LPDDR5X untuk storan ini. Keputusan tersebut akan dimuktamadkan lebih dekat kepada pelancaran konsol.

image is not available

Bercakap mengenai pelancaran, pihak ZOTAC mengatakan bahawa konsol ini berkemungkinan besar akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun ini. Dalam pada itu, tanda harga konsol ini juga tidak diketahui lagi.