Jualan Global Siri Redmi Note 7 Mencapai 15 Juta Unit Dalam Masa 6 Bulan

Digital
11 Jul 2019 • 6:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi adalah sub-jenama Xiaomi, yang mana sebelum ini adalah salah satu siri peranti daripada Xiaomi sendiri. Peranti pertama mereka adalah Redmi Note 7 dan sehingga hari ini, ia sudah mempunyai beberapa variasi termasuk Redmi Note 7 Pro.

Peranti ini tidak dinafikan meraih populariti yang agak hebat. Ini kerana, ia adalah sebuah peranti kelas pertengahan mampu milik, dengan binaan yang premium, rekaan yang cantik, prestasi yang memuaskan dan juga kamera yang agak hebat. Terkini pengarah pengurusan global Xiaomi, Donovan Sung – mengicau yang jualan global siri Redmi Note 7 telah mencapai sebanyak 15 Juta unit dalam masa hanya 6 bulan sahaja.

image is not available

Redmi Note 7 dan Redmi Note 7 Pro mempunyai saiz skrin yang sama, iaitu 6.3-inci. Yang membezakan kedua peranti ini adalah tetapan dwi-kamera 12+2 Megapixel atau 48+5 Megapixel, cip pemprosesan Snapdragon 660 atau Snapdragon 675 dan memori dari 3GB RAm sehingga 6GB RAM. Di Malaysia, hanya Redmi Note 7 versi biasa dan memori paling tinggi adalah 4GB RAM sahaja yang dijual.