ZTE Axon 50 Ultra Dilancarkan Dengan Ciri Komunikasi Satelit Dua Hala

TechnologyDigital
13 Apr 2023 • 11:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

ZTE Axon 50 Ultra adalah sebuah lagi telefon pintar yang mempunyai kemampuan komunikasi satelit secara dua hala. Ia dilancarkan di China semalam dengan mesej boleh dihantar menggunakan satelit jika tiada rangkaian selular atau WiFi.

image is not available

Dari segi spesifikasi, Axon 50 Ultra dilengkapi skrin 6.67″ OLED 144Hz, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori LPDDR5X, storan UFS 3.1 dan bateri sebesar 5000mAh dengan sokongan pengecasan 80W. ZTE tidak pula berkongsi mengenai saiz RAM dan storan yang ditawarkan.

Kamera utama terdiri daripada lens sudut lebar 64MP dengan OIS, 50MP ultra sudut lebar dan 50MP telefoto. Maklumat mengenai kamera hadapan juga tiada cuma ia bukan dari jenis bawah skrin. Harga jualan juga masih lagi misteri pada waktu artikel ini ditulis.