ZTE Blade A55, ada storan besar dan pengimbas capjari di bawah RM400

TechnologyDigital
7 Aug 2024 • 5:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Baru sahaja ZTE Blade A35 berharga RM319 dijual di Malaysia awal minggu ini. Kini muncul satu lagi telefon pintar ZTE yang sangat murah dengan beberapa naik taraf, ZTE Blade A55.

Harga dan Ketersediaan

Secara rasmi, ZTE Malaysia masih belum mengumumkan penjualan Blade A55. Tetapi ia telah dijual oleh beberapa pengedar peranti Malaysia di Lazada dan Shopee pada harga berikut:

  • ZTE Blade A55 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM369

Dengan tambahan hanya RM50 daripada Blade A35, telefon ini menyediakan perkakas yang lebih baik seperti storan berganda, pengimbas capjari dan kamera lebih baik.

Spesifikasi ZTE Blade A55

Sebenarnya, Blade A55 adalah telefon yang sama dengan Blade A35 tetapi rekaan sedikit berbeza. Ini kerana ia menggunakan cip yang sama iaitu Unisoc SC9863A 28nm. Ia dipadankan bersama RAM 4GB dan storan dalaman digandakan kepada 128GB.

Paparannya memang serupa iaitu skrin LCD seluass 6.75-inci. Resolusinya HD 720p serta ada kadar penyegaran 90Hz. Ia juga ada fungsi Live Island, mirip Apple Dynamic Island. Penambahan pada Blade A55 adalah pengimbas capjari di butang kuasa, sesuatu yang tiada pada Blade A35.

Kamera juga ada naik taraf. Di hadapan ia ditukar kepada kamera 8MP dan diletakkan di dalam takuk kecil di dahi skrin. Di belakang pula, ia diganti dengan kamera utama 13MP dan kamera kedua dipanggil kamera AI.

Bateri juga agak besar, berkapasiti 5,000mAh dan mengecas melalui sambungan USB-C. Kuasa pengecas tidak dinyatakan, tetapi jangkakan ia hanyalah 10W seperti Nubia Music.

Agak menarik, ZTE menggunakan sistem operasi Android 14 pada Blade A35. Dengan harga yang sangat murah, telefon ini tiada sokongan WiFi 5 dan NFC. Speaker juga mono, tetapi ada jek audio 3.5mm

ZTE menyediakan tiga warna pilihan untuk Blade A55, iaitu oran, hitam dan biru. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk ZTE Blade A55.

[Sumber: Lowyat.net]

Bacaan Berkaitan