Xiaomi Mi 9T baru sahaja dilancarkan sebentar tadi. Seperti maklumat yang tertiris sebelum ini, ia ditawarkan pada harga bermula RM1099 sebuah di Malaysia. Ini menjadikannya antara peranti kelas pertengahan tinggi dengan penawaran harga yang kompetitif.

Xiaomi Mi 9T 6/64GB ditawarkan pada harga RM1199 bermula 26 Jun ini tetapi bagi mereka yang melakukan pra-tempahan ia boleh dimiliki pada harga promosi RM1099. Bagi mereka yang mahukan storan lebih besar 128GB pula, ia ditawarkan pada harga RM1399 sebuah bermula 29 Jun.

