Zul Ariffin beri bayangan, penghijrahan ke Mekah tak dapat diteruskan?

LocalEntertainment
29 Oct 2025 • 5:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Zul Ariffin menjelaskan berhubung perancangannya mahu memulakan hidup baharu dengan berhijrah dan membuka perniagaan di Mekah.

Memetik laporan mStar, Zul atau nama lengkapnya Zulkifli bin Ariffin, 38, memberi bayangan seolah-olah hasratnya itu tidak dapat untuk diteruskan.

Penghijrahan tak dapat diteruskan?

image is not available

Tambah Zul, dia mahu mengambil langkah berjaga-jaga dalam memilih individu untuk bekerjasama setelah melalui beberapa pengalaman yang kurang menggembirakan.

“Tolak tepi benda itu (perniagaan di Mekah). Saya tidak mahu bekerjasama dengan orang yang mengarut.

“Biasalah, dalam hidup ini ada fasa jumpa orang bagus dan mengarut. Saya anggap apa yang berlaku ketika itu adalah jumpa orang mengarut,” kata Zul, malam tadi.

Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Malam Terlarang di GSC Mid Valley, pada Selasa.

image is not available

Dalam perkembangan lain, Zul akan muncul menerusi naskhah filem bergenre seram thriller yang diinspirasikan daripada kisah benar yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 30 Oktober ini.

Zul merupakan salah seorang pelakon yang terlibat bersama dengan Shasha Abedul, Sofia Jane, Sabri Yunus, Normah Damanhuru, Amir Nafis dan ramai lagi.

Untuk info, sebelum ini, Zul pernah merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab bagi memulakan perancangannya untuk memulakan perniagaan mesin layan diri (vending machine).

Sumber: mStar