
Datuk Zuraida Kamaruddin antara 13 pemimpin dipecat oleh Parti Bangsa Malaysia (PBM), selepas gagal memberi maklum balas kepada Jawatankuasa Disiplin PBM dalam tempoh tujuh hari.
Dalam pada itu, dua lagi pemimpin yang lain seperti Haniza Haniza Talha dan Daroyah Alwi turut digugurkan daripada jawatan timbalan presiden dan ketua wanita namun masih kekal sebagai ahli.
Difahamkan, tindakan pemecatan 13 individu itu dibuat selepas perbincangan lanjut yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Disiplin parti mengikut Perlembagaan parti.
“Mereka telah diberi peluang untuk menjelaskan dan membela diri dan diberi tempoh tujuh hari, akan tetapi telah gagal memberikan maklum balas kepada Jawatankuasa Disiplin Parti PBM.
“Maka dengan ini, demi kepentingan Parti PBM, Jawatankuasa Disiplin PBM telah membuat keputusan bahawa keahlian, jawatan individu-individu tersebut ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 27 Disember 2022,” katanya dalam kenyatan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Zuraida yang juga dicanangkan sebagai bakal presiden PBM menyifatkan Presiden PBM Larry Sng angkuh dan tidak matang dalam menguruskan parti itu.
Pada Perhimpunan Agung Tahunan PBM Oktober lalu, keputusan telah diputuskan untuk Zuraida secara rasmi mengambil ahli kepimpinan Sng.
Ia juga telah diluluskan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi parti tetapi Sng menyekat peralihan kuasa dengan mengatakan beliau masih presiden dan mengisytiharkan mesyuarat itu tidak sah.
Sng juga menggantung jawatan Zuraida serta 12 pemimpin parti yang lain.
Dua lagi pemimpin PBM, Haniza Talha dan Daroyah Alwi pula masing-masing digugurkan daripada jawatan timbalan presiden dan ketua wanita tetapi kekal sebagai ahli.
Ikuti berita terkini di https://t.co/Ia2kVaEicL#AWANInews pic.twitter.com/E1iIQyK9hp
— Astro AWANI
(@501Awani) December 27, 2022
Sumber: Awani
The post Zuraida Antara 13 Pemimpin Yang Dipecat PBM appeared first on Siakap Keli.
