Zus Coffee Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sri Aman

2 Mar 2025 • 2:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Zus Coffee bakal beroperasi di Sri Aman

Zus Coffee Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sri Aman. Buat para peminat kopi di Sri Aman, bersedia untuk berita gempak ni! Zus Coffee bakal membuka cawangan pertamanya di kawasan ini, menjadikan ia satu lagi destinasi wajib singgah bagi pencinta kopi tempatan.

Zus Coffee terkenal dengan konsep kopi premium yang mampu milik, menjadikannya pilihan ramai rakyat Malaysia. Sama ada anda peminat Spanish Latte yang viral atau lebih suka Kopi O klasik (Americano), Zus menjanjikan pengalaman kopi berkualiti dengan suasana yang cozy dan moden.

image is not available
Zus Coffee Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sri Aman. Sumber gambar: FB Aimir Ma’rof

Pembukaan cawangan baru di Sri Aman

Pembukaan cawangan ini menandakan langkah besar dalam pengembangan Zus Coffee di Sarawak, selepas kejayaannya di bandar-bandar lain seperti Kuching dan Miri. Ini juga bermakna lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan serta pilihan tempat lepak baru untuk warga Sri Aman!

Walaupun tarikh rasmi pelancaran masih belum diumumkan, namun cafe Zus sudah kelihatan hampir siap dibina. Jadi, stay tuned untuk maklumat lanjut, mungkin akan ada promosi menarik atau kejutan istimewa sempena pembukaan nanti!

Jadi anda team apa? Adakah anda team kopi panas atau kopi sejuk?

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved