ZUS Coffee Bakal Perkenal Kaedah Bayaran Dengan Hanya Mengimbas Wajah

TechnologyDigital
22 Apr 2024 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ZUS Coffee merupakan salah satu jenama minuman kopi yang popular, dengan ratusan cawangan seluruh Malaysia. ZUS Coffee juga aktif melabur dalam arena digital selari perkembangan semasa, membawa kepada penawaran aplikasi yang menarik dan terhadapan berbanding beberapa kedai kopi lain.

image is not available

Terbaru, ZUS Coffee juga dilihat akan bekerjasama dengan Aye – untuk menawarkan kaedah bayaran dengan hanya mengimbas wajah di kedai-kedai ZUS. Aye merupakan salah satu penyedia perkhidmatan pembayaran tempatan yang memautkan wajah pengguna kepada akaun seperti kad kredit atau debit atau dompet digital. Melalui integrasinya, pengguna hanya perlu melakukan imbasan wajah di kaunter ketika pembayaran, dan ia secara automatik akan melakukan tolakan baki pada akaun dompet digital, atau kad kredit / bank.

image is not available

Melalui perkongsian bersama kami, ia disasarkan ZUS Coffee akan mula mengimplementasi ciri bayaran dengan imbasan wajah ini seawal pertengahan pertama 2024 ini. Pengguna akan diperlukan melakukan pendaftaran wajah terlebih dahulu, dan pautkan pada sistem pembayaran – sebelum boleh menggunakan wajah untuk tujuan pembayaran.

Dengan langkah ini, ia sekaligus dijangka akan memberikan lebih pilihan kaedah pembayaran di ZUS – dan tidak kurang juga orang yang akan hadir berminat semata untuk mencuba ciri pembayaran melalui imbasan wajah ini.

View Original Article