
Orang Sri Aman dah boleh serbu dah!
ZUS Coffee Cawangan Sri Aman Sudah Dibuka. Menerusi makluman di laman Facebook, cawangan terbaharu rantaian kopi tempatan, ZUS Coffee di Sri Aman, Sarawak sudah pun dibuka untuk orang awam mulai 5 April 2025, Sabtu.
Kedai kopi berkenaan bertempat di Simanggang Town District, berdekatan kawasan Tandang Sari Avenue dan OJO Eyewear, Sri Aman/Simanggang, dengan waktu operasi bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi setiap hari.

Cawangan tersebut kelihatan sedikit unik dengan warna keseluruhan kedai kopi tersebut dicat dengan warna biru, dengan tampilan font yang lebih bulat dan segar berbanding tampilan font asal papan tanda ZUS Coffee.


Warganet teruja sampai ada yang dah standby tumbler
Meninjau di ruangan komen, warganet tampaknya teruja dengan pembukaan cawangan baharu ZUS Coffee tersebut, apatah lagi ia adalah salah satu daripada cawangan yang terletak di luar kawasan bandar utama di Sarawak seperti Kuching, Sibu mahupun Miri.



Keterujaan mereka jelas tergambar apabila ada yang memuat naik gambar tumbler ZUS Coffee dengan kapsyen, “Tumbler dah standby” – menandakan kesediaan mereka untuk mencuba minuman dari kedai kopi yang baru dibuka di Sri Aman itu.

Bagi peminat ZUS Coffee, tentunya ini adalah satu berita gembira. Apatah lagi ia sudah dekat dengan tempat tinggal. Pada pendapat anda, mana lagi tempat yang anda rasa ZUS Coffee patut buka?
Cuba tinggalkan cadangan anda di ruangan komen
Ini pula cawangan ZUS Coffee di Sabah yang boleh buat tempat healing



