Zus Coffee & Jabatan WP Lancar Bangun KL, Tawar Kopi Pada Harga Istimewa Seawal 7 Pagi

LocalBusiness & Finance
9 Apr 2026 • 10:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Zus Coffee & Jabatan WP Lancar Bangun KL, Tawar Kopi Pada Harga Istimewa Seawal 7 Pagi

"Perubahan besar tidak bermula dengan projek yang besar". Itu yang diucapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh ketika melancarkan inisiatif Bangun KL bersama ZUS COFFEE pada Khamis.

'Bangun, KL! Ke Arah KL Yang Lebih Sejahtera' merupakan satu inisiatif selama setahun yang menawarkan kopi pada harga istimewa bagi golongan yang bangun awal di lebih 250 cawangan ZUS COFFEE di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta ini adalah usaha untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur dan menjaga kesejahteraan orang ramai yang masuk ke KL untuk bekerja.

Berlangsung sehingga 31 Disember 2026, program ini tertumpu kepada promosi Masuk KL Awal yang memberi ganjaran kepada mereka yang memulakan hari lebih awal dengan kopi pada harga istimewa.

image is not available

Menerusi Masuk KL awal, orang ramai akan dapat membeli kopi terpilih dengan harga serendah RM5. Ia tersedia pada pagi hari bekerja iaitu dari jam 7 pagi hingga 8 pagi melalui aplikasi ZUS.

"Setiap pagi di Kuala Lumpur, ribuan rakyat sudah berada di jalan raya sebelum jam 8 pagi. Tetapi walaupun keluar lebih awal, mereka masih terperangkap dalam kesesakan yang sama.

"Ini bukan perkara kecil. Ini realiti harian yang menjejaskan masa, tenaga dan emosi rakyat. Kita tidak boleh anggap keadaan ini normal.

"Bandar yang baik bukan sekadar cantik dilihat tetapi mesti berfungsi untuk kehidupan harian rakyat. Sebab itu kita mulakan Bangun KL," kata Hannah ketika perasmian program itu di ZUS COFFEE Kasturi Walk.

image is not available

Menurutnya lagi, Bangun KL bukan sekadar mengenai slogan, tetapi ia tentang mengubah cara bandar tersebut bergerak setiap pagi.

"Kita tidak boleh selesa dengan pola lama yang menyebabkan semua orang bergerak pada waktu yang sama dan terperangkap dalam kesesakan yang sama.

"Bangun KL adalah usaha untuk mengagihkan semula tekanan waktu pagi supaya lebih seimbang dan lebih manusiawi.

"Mesejnya jelas. Masuk lebih awal, perjalanan lebih lancar dan kos harian juga lebih terkawal.

"Kadang-kadang perubahan besar tidak bermula dengan projek besar. Ia bermula dengan keputusan kecil yang dibuat secara konsisten oleh ramai orang," ujarnya.

Beliau juga berharap leih banyak pihak akan bersama dalam usaha ini.

"Kita mahu Kuala Lumpur yang lebih mudah untuk hidup, bukan sekadar bandar untuk bekerja," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Venon Tian pula berkata ZUS COFFEE telah menjadi sebahagian daripada rutin harian bandar Kuala Lumpur dan mereka mahu menjadi lebih daripada sekadar kedai memesan kopi.

image is not available

"Kehidupan bandar bergerak pantas, dan kami berharap ZUS COFFEE dapat menjadi ruang komuniti memulakan hari dengan tenang, di mana mereka boleh berehat sebentar sebelum kesibukan bermula," katanya,

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Stuart Ramalingam dan Ketua Operasi ZUS COFFEE bagi Malaysia dan Singapura, Yoganathan Muniandi.