ZUS Coffee Mohon Maaf, Kerjasama Bersama Jenama Berkait Dengan Israel Hanya 'One-Off'

16 May 2024 • 1:33 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Gelombang "Blockout 2024" Malaysia semakin mendapat sambutan yang hangat di kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira sesiapa sahaja termasuk artis mahupun personaliti media sosial yang kurang mahupun tidak pernah berkongsi apa-apa kandugan berkenaan dengan genosid yang berlaku terhadap rakyat Palestin pasti akan disekat.

Bukan personaliti terkenal sahaja menjadi sasaran, bahkan mana-mana jenama yang bersikap neutral mahupun menjalankan sebarang kolaborasi mahupun promosi bersama jenama yang berkait dengan rejim zionis akan berdepan dengan boikot secara besar-besaran.

Jenama kopi tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia susulan jenama besar yang lain diboikot, kini jadi sasaran. Hanya kerana memuatnaik satu promosi, ZUS Coffee terus menjadi perhatian warganet

Semuanya berpunca dari satu kandungan dimana mereka mempromosikan kerjasama secara one-off bersama jenama besar dunia yang tersenarai dalam Boycott, Divestment, Sanctions (BDS)

Susulan dari itu, ZUS Coffee mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka tentang apa yang telah berlaku. Mereka menyedari kesilapan mereka, kurang sensitif dengan pendirian rakyat Malaysia yang sememangnya tidak mahu menyumbang walau satu sen kepada mana-mana perniagaan yang berkait dengan Israel