ZUS Coffee Pertama Di Sarawak Bakal Dibuka Di Vivacity Kuching

22 May 2023 • 1:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik untuk peminat kopi!

ZUS Coffee Pertama Di Sarawak Bakal Dibuka Di Vivacity Kuching. ZUS Coffee adalah antara jenama kopi yang sedang meningkat naik di Malaysia dengan banyak cawangan telah dibuka di Semenanjung. Kini, warga Sarawak bakal menikmati kopi premium dari ZUS Coffee ini di Kuching.

Difahamkan, pembukaan cawangan pertamanya itu bakal dibuka di pusat beli belah Vivacity dan diumumkan menerusi Facebook mereka.

image is not available
ZUS Coffee Pertama Di Sarawak Bakal Dibuka Di Vivacity Kuching. Kredit: Vivacity Megamall

Kopi premium dengan harga mampu milik

Dengan ayat “A Necessity Not A Luxury”, ZUS Coffee tampil membawa kelainan dengan membawakan pelbagai menu kopi premium tetapi pada harga mampu milik.

image is not available

Bagi peminat kopi, anda boleh cuba antara menu recommended yang menjadi kegemaran ramai iaitu Spanish Latte.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tawaran menarik sempena pembukaan mereka

Untuk pembukaan cawangan tersebut pihak ZUS Coffee bakal menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi pengguna aplikasi mudah alih ZUS Coffee.

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi ZUS, daftar dan lakukan pembelian melalui aplikasi tersebut ketika membuat pembayaran di kaunter.

image is not available

Tarikh rasmi pembukaan tersebut tidak dimaklumkan oleh pihak Vivacity.

Lokasi: ZUS Coffee, Tingkat 3, Vivacity Megamall Kuching.

Baca lagi artikel menarik: