Zxmoto ‘testimoni’ motosikal buatan China setanding jentera Eropah, Jepun

LocalCars
14 Sep 2026 • 12:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Zxmoto ‘testimoni’ motosikal buatan China setanding jentera Eropah, Jepun

KUALA LUMPUR: Kejayaan jentera Zxmoto berada pada kedudukan tiga teratas dalam Kejohanan Dunia Supersport (WSSP) merupakan ‘testimoni’ bahawa motosikal buatan China adalah setanding dengan model-model keluaran Eropah dan Jepun.

Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), Asri Ahmad berkata, kecemerlangan dalam WSSP 2026 menunjukkan China mampu membangunkan motosikal yang kompetitif di peringkat global.

Menurutnya, walaupun Zxmoto merupakan jenama baharu, ia mampu melakar pencapaian memberangsangkan dalam tempoh singkat.

“Pada saya, Zxmoto telah membawa satu mesej yang sangat jelas kepada industri motosikal dunia.

“Hari ini, motosikal dari China bukan lagi pengikut, sekarang mereka pesaing global yang serius, salah satunya ialah Zxmoto,” katanya dalam majlis Rise of the Champions di sini, malam tadi.

Zxmoto ialah jenama motosikal pertama dari China yang menjuarai perlumbaan WSSP menewaskan Ducati dari Eropah dan Yamaha (Jepun).

Pasukan ini menduduki tempat ketiga dalam kategori pengeluar dengan kutipan 53 mata pada awal pusingan di Portugal dan telah mengumpul sekurang-kurangnya lima kemenangan.

Dalam majlis sama, Asri melancarkan tiga model Zxmoto iaitu 500F, 500RR dan 820RR. 500F yang dikuasakan enjin 470 cc mengetengahkan reka bentuk klasik dan retro ditawarkan pada harga RM28,888; 500RR dengan enjin 470.2 cc (RM29,988.00) manakala 820RR berkapasiti 818.2 cc dijual RM39,888.

Ketiga-tiga model tersebut akan diedarkan di seluruh negara pada bulan depan. – UTUSAN

The post Zxmoto ‘testimoni’ motosikal buatan China setanding jentera Eropah, Jepun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved