#BuletinBernama : Mereka bukan lagi sekadar menyasarkan individu yang terdesak atau mudah dipengaruhi
LocalWorld
06 Aug 2026 • 11:43 AM MYT
#BuletinBernama : Mereka bukan lagi sekadar menyasarkan individu yang terdesak atau mudah dipengaruhi. Kini, golongan profesional yang memiliki kerjaya, reputasi dan masa depan juga dipercayai menjadi sasaran sindiket dadah antarabangsa.
Pendedahan itu mengundang persoalan besar apabila seorang juruterbang didakwa terbabit dalam cubaan menyeludup dadah ke Indonesia. Adakah ini sekadar kes terpencil, atau petanda sindiket kini semakin berani mengubah strategi dengan memperalatkan individu yang sukar menimbulkan syak wasangka?
Apakah yang menjadikan Malaysia terus menjadi laluan penting dalam rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa? Bagaimana sindiket memanipulasi psikologi mangsa? Dan sejauh mana masyarakat hari ini benar-benar menyedari bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira status atau profesion, boleh menjadi sasaran?
Kupasannya bersama penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, dalam Fokus 15.
#digitalbernamatv #fokus15