Klinik Kesihatan (KK) Pulau Pangkor membuat laporan polis berhubung video tular yang mendakwa berlaku kelewatan ambulans dalam k...

LocalPolitics
07 May 2026 • 4:48 PM MYT
Klinik Kesihatan (KK) Pulau Pangkor membuat laporan polis berhubung video tular yang mendakwa berlaku kelewatan ambulans dalam k...
Klinik Kesihatan (KK) Pulau Pangkor membuat laporan polis berhubung video tular yang mendakwa berlaku kelewatan ambulans dalam kes kemalangan maut membabitkan seorang pegawai pergigian wanita KL Jelapang di Jalan Pasir Bogak, Pulau Pangkor, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A. Sivanesan berkata dakwaan ambulans mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk tiba di lokasi adalah tidak berasas dan bercanggah dengan rekod rasmi Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya berdasarkan log panggilan Pusat Penyelarasan Kecemasaan Perubatan (ECC), pusat kecemasan menerima panggilan pada 10.57 pagi sebelum maklumat disalurkan kepada KK Pulau Pangkor pada 11.01 pagi.

“Pasukan ambulans kemudian tiba di lokasi pada jam 11.12 pagi dan perjalanan dari klinik ke lokasi kemalangan hanya mengambil masa kira-kira dua minit,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

#digitalbernamatv #pulaupangkor #kemalangan #ambulans