Kuih Bakar tersedap Lot 23, Gerai tepi jalan Uniten #TheGoodStuff

Food
22 Apr 2023 • 10:30 AM MYT
Kuih Bakar tersedap Lot 23, Gerai tepi jalan Uniten #TheGoodStuff

Kuih bakar yang paling dikenali dengan penduduk sekitar Bangi/Kajang terletak di gerai tepi jalan berdekatan institut pendidikan tinggi swasta, Uniten yang beralamat di Jalan Kajang - Puchong, 43009 Kajang, Selangor. Ia dikenali kerana keenakan kuih bakar yang tak perlu dipertikaikan lagi. Kuih Bakar Lot 23 ini memang sedap. Teksturnya lembut bila dimakan. Sesuai untuk minum petang atau hendak dimakan bila-bila masa sahaja. Ketika bulan ramadan, kuih bakar ini mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk setempat. Samada untuk dibeli sendiri atau untuk disedekahkan ke masjid / surau. Jika datang lambat pasti kecewa jika kuih bakar habis. Kuih bakar berbentuk bunga ini dijual dengan harga RM5. Bagi saya harganya amat berpatutan. Gerai Kuih Bakar Lot 23 juga menjual kek seperti kek pisang, kek marble, kek sarang semut, kek batik dan lain-lain lagi. Gerainya bermula jam 1 petang pada setiap hari. Info selanjutnya bolehlah layari facebook di https://www.facebook.com/FTSC.kajang/

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved