LTdL 2023: Bubbles 02 lancar kenderaan rasmi

Cars
21 Sep 2023 • 2:22 PM MYT
LTdL 2023: Bubbles 02 lancar kenderaan rasmi

#BuletinBernama : Penaja Utama Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL 2023), Bubbles O2 telah melancarkan kenderaan rasmi bagi menyertai 22 buah kenderaan yang lain ke acara pembukaan kayuhan perlumbaan yang bermula di Terengganu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bubbles O2, Ain Azizah Arifin berkata kenderaan berkenaan telah diubahsuai dengan meletakkan sebuah botol minuman gergasi sebagai simbol ikon syarikat pengeluar air minuman mineral tersebut.