Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Suriya Jungrung...
LocalWorld
09 Jul 2026 • 12:39 PM MYT
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Suriya Jungrungreangkit menandatangani dan menukar Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pertanian antara kedua-dua negara.
MoU itu ditandatangani sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini.
Lawatan atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan yang pertama buat Anutin sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mac tahun ini.
📷 Hana Nazir / Wartawan Bernama TV
#digitalbernamatv #Pertanian #Agromakanan #Agro#MalaysiaThailand #Diplomasi #MoU