ππ‘ Pada 15 Jun 2026, Sivakumar Muniandy dan 98 keluarga rumah panjang menerima khabar gembira
LocalProperty
25 Jun 2026 β’ 3:03 PM MYT
ππ‘ Pada 15 Jun 2026, Sivakumar Muniandy dan 98 keluarga rumah panjang menerima khabar gembira. Mereka akan diberi dua unit kondominium secara percuma melalui kerjasama antara kerajaan dan pemaju, sekaligus menunaikan janji perumahan tetap untuk penduduk rumah panjang setelah lebih 44 tahun. Kerajaan turut memperuntukkan RM1 juta bagi menampung kos penyelenggaraan untuk tiga tahun pertama.
Walaupun ini satu detik yang bersejarah, harus diingatkan di sini bahawa komuniti yang sudah sekian lama ditindas ini hanya boleh menarik nafas lega selepas mereka menerima kunci dan berjaya dipindahkan ke rumah baharu mereka. Projek pembinaan rumah baharu mereka dijangka mengambil masa tiga tahun. Sepanjang tempoh ini, kami akan terus mengikuti perkembangan tentang isu ini, termasuk sebarang kekangan dan rintangan yang mungkin dihadapi sehingga mereka melangkah garisan penamat yang sebenar.
Video penuh perjuangan mereka boleh ditonton di YouTube BFM.