Pasu apa setahun sekali di Bazar Ramadan? #RAYA2023

Food
21 Apr 2023 • 10:35 AM MYT
Pasu apa setahun sekali di Bazar Ramadan? #RAYA2023

Saya berkesempatan ke Bazar Ramadan yang terletak di Laman Niaga Komuniti yang beralamat di Seksyen 13, Laman Niaga Komuniti, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Ianya di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang. Bermula jam 4 petang - 8 malam. Ketika tiba ke lokasi, tidak ramai pengunjung yang berkunjung ke sini mungkin faktor ramai yang telah mula pulang ke kampung halaman terutamanya mereka yang balik ke arah pantai timur. Tidak banyak juga gerai yang dibuka. Kelebihan kepada saya ialah, saya dapat berjalan dengan tenang sekali sambil memilih juadah untuk berbuka puasa. Apa yang menarik kat sini pada mata saya ialah ada juga gerai yang berniaga takoyaki. Harganya pula masih berbaloi. Tarikan utama kat sini tentulah ayam pasu yang dibakar di atas pasu dengan arang. Bila ditanya, ayam pasu hanya dijual sepanjang bulan ramadan sahaja. Nampak besar juga saiz ayam yang dibakar itu. Kalau terlepas hendak membeli pada bulan ramadan ini, kena tunggu lagi setahun untuk menikmati ayam pasu.