Perarakan Solidariti Palestin

World
04 Nov 2023 • 11:30 AM MYT
Perarakan Solidariti Palestin

Sebagai tanda mendukung perjuangan pembebasan Palestin, kali ini pengguna TikTok Ezz Loor membawa anda dalam perarakan Solidiriti Palestin yang berlangsung di Jalan Tun Razak pada beberapa minggu yang lepas. Lihat video pendek yang dikongsikan di sini

Hentikan kekejaman Israel terhadap Palestin

Berita daripada Berita Harian memberikan liputan bahawa Pergolakan terbaharu di Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza susulan serangan balas rejim Israel berikutan serangan mengejut Hamas ke bandar Israel.

Ini sepatutnya membuka mata masyarakat antarabangsa untuk melihat punca sebenar mengapa peperangan tercetus yang sudah tentu disebabkan pencerobohan berterusan penduduk haram Yahudi ke atas tanah penduduk Semenanjung Gaza.

Peperangan di wilayah itu pasti menarik simpati masyarakat dunia terhadap Israel kononnya menjadi mangsa keganasan rakyat Palestin disusuli ucapan berapi pemimpin negara besar dunia mengutuk serangan seumpama itu dan menyalahkan pejuang Palestin.