Perkhidmatan fisioterapi yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) kini menjadi antara sokongan penting dalam membantu jemaah haj...

LocalHealth & Fitness
07 May 2026 • 4:52 PM MYT
Perkhidmatan fisioterapi yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) kini menjadi antara sokongan penting dalam membantu jemaah haj...
Perkhidmatan fisioterapi yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) kini menjadi antara sokongan penting dalam membantu jemaah haji Malaysia kekal cergas dan bersedia menghadapi kemuncak ibadah iaitu masyair antara 8 hingga 13 Zulhijah.

Jurupulih Perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor Azlinda Abdul Hamid berkata kebanyakan jemaah yang mendapatkan rawatan mengalami sakit otot dan kekejangan akibat terlalu banyak berjalan, terutama ketika melaksanakan tawaf dan sai.

Menurut Azlinda, golongan warga emas merupakan antara paling ramai mendapatkan rawatan dengan jumlah pesakit mencecah 20 hingga 30 orang setiap hari.

📹 Amirul Mohd Sajadi | BERNAMA

#digitalbernamatv
#fisioterapi
#haji
#tabunghaji