Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh adiknya yang mempunyai masalah mental dalam kejadian di Ka...
Local
03 Oct 2026 • 9:48 PM MYT
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh adiknya yang mempunyai masalah mental dalam kejadian di Kampung Tasek, Marang, hari ini.
Mangsa, Mohd Nasir Ismail, 43, yang merupakan anak sulung daripada sembilan beradik, dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian itu.
Ibu mangsa, Hasnah Sulong, 63, berkata dia masih terkejut dengan kejadian berkenaan.
Katanya, ketika kejadian dia berada di ruang tamu rumah sebelum terdengar jeritan dari bahagian hujung rumah, diikuti bunyi seperti seseorang dipukul.
“Saya terus memanggil suami, Ismail Ibrahim, 80, yang ketika itu berada di luar rumah. Apabila masuk ke dalam rumah, dia nampak Nasir sudah berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tasek hari ini.
📹 videoBERNAMA
#digitalbernamatv #maut #pukul #masalahmental #marang