Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas ...

LocalPolitics
04 Aug 2026 • 3:11 PM MYT
Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas ...
Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tiga pertuduhan meminta serta menerima rasuah berjumlah RM11,500 sebagai dorongan mendapatkan surat sokongan pelesenan pada 2024 dan tahun lepas.

Pengakuan Johari Bar Azwar, 40, direkodkan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Johari selaku Penguasa Bomba KB9 di Pejabat Zon 2, JBPM Sungai Petani didakwa menerima suapan wang tunai RM1,500 daripada pemilik sebuah syarikat Khaw Kok Aun, 66, sebagai dorongan untuk mendapatkan surat sokongan pelesenan JBPM bagi syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di belakang sebuah restoran di Amanjaya Mall, Sungai Petani pada 12.30 tengah hari 4 April 2024.

#digitalbernamatv
#mahkamah
#alorsetar
#rasuah
#bomba

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved