
Masih segar diingatan saya selaku Pengarah Operasi Program Latihan Pengurusan Penerbangan Malaysia (MAS) ala tentera (corporate wargames) di Kem Terendak, Melaka pada Ogos 2004 dalam ucaptama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohd Azumi Mohamed, menyatakan “Daya juang adalah kemampuan seseorang untuk melakukan tindakan dan upaya bergerak ke depan secara maksimal dan mengatasi segala kesulitan untuk mencapai tujuan tertentu. Latihan positif boleh memotivasi diri sendiri yang menunjukkan seberapa jauh seseorang mampu bertahan dan beradaptasi dalam situasi sulit.”
Beliau menggesa semua peserta MAS Corporate Wargames, bahawa “Dengan jaya juang individu atau pegawai MAS meningkatkan motivasi berprestasi dalam bekerja berpasukan. Potensi daya juang merupakan potensi kecerdasan seseorang yang tertumpu pada fizikal, mental, emotional dan spiritual kita.” (riadz@hmetro.com.my)


Sehubungan ini, kejayaan utama Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, menjadi beregu campuran pertama negara mencatat sejarah itu. Kemenangan ini turut melayakkan mereka ke Jelajah Dunia Akhir BWF, dan mereka juga mara ke Final Masters China 2025, yang menjadi kejayaan hebat di peringkat antarabangsa. Kejayaan ini menunjukkan daya juang yang tinggi & ketenangan dalam perlawanan yang sengit. (https://nsc.gov.my)
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan “Kejayaan ini dianggap bersejarah buat Malaysia dalam sukan badminton dan terbukti menyumbang kepada peningkatan imej sukan negara serta menjadi ‘hadiah paling manis’ kepada semua lapisan rakyat sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.” (https://www.kbs.gov.my)
Beregu campuran negara kita ini meneruskan prestasi cemerlang mereka untuk berdepan gadingan juara Thailand, Dechapol Puavaranukroh - Supissara Paewsampran pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton China Masters di Shenzhen Arena. Momentum ini satelah mereka beraksi dengan daya juang penuh disiplin menundukkan gandingan tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam pertarungan tiga set yang mengambil masa 1 jam 20 minit. (https://www.berita.rtm.gov.my)
Sesungguhnya, daya juang hendaklah menjadi amalan semua pihak untuk membangun, memartabatkan negara ke arah kesejahteraan dan kegemilangan.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
