LocalCars
14 Jul 2025 • 4:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Semalam, Chery Malaysia telah merasmikan Chery Tiggo Cross dalam satu majlis yang penuh meriah serta dihadiri Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Chery Tiggo Cross adalah sebuah SUV kompak diantara segmen B- yang memberi variasi kepada pengguna untuk buat pilihan.

Tiggo Cross juga secara rasmi telah masuk bersaing bersama Honda WRV yang juga dalam segmen yang sama.

Artikel ini SK nak buat perbandingan antara ketiga-tiga varian yang setara setiap model untuk anda yang tengah pening nak buat pilihan.

Enjin

Tiggo Cross

Chery Tiggo Cross datang dalam dua varian iaitu dengan enjin 1.5 Turbocharge dan 1.5 Chery Super Hybrid.

Dalam ketiga-tiga model, hanya Tiggo Cross menawarkan enjin hybrid dengan harga jualan bermula bawah RM100,000

Enjin 1.5 ini membawa kuasa 96 PS dan 120Nm of torque dan kuasa elektrik pula memberi kuasa 204PS dan 310Nm of torque.

Varian hybrid ini dilengkapkan dengan bateri 1.8 kWh untuk memberikan perjalanan lebih kilometer berbanding dua model lain.

WRV

Semua varian Honda WRV menggunakan enjin 1.5L 4 cylinder, Double Overhead Cam (DOHC) i-VTEC.

Enjin ini memberikan kuasa 121PS dan 145Nm of torque. Lebih rendah berbanding Tiggo Cross varian turbo.

 

Kotak Gear

Tiggo Cross

Bagi varian turbo, Tiggo Cross menggunakan kotak gear 6-speed Dual Clutch Transmission (DCT).

WRV

Semua varian WRV menggunakan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) yang sering jadi perdebatan netizen.

 

Penggunaan Minyak

Tiggo Cross

Penggunaan minyak untuk varian turbo adalah 6.3L/100km dengan kapasiti tangki 51L.

WRV

Untuk WRV, penggunaan minyak yang dinyatakan adalah 6L/100km dengan kapasiti tangki 40L.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post appeared first on Siakap Keli.