Industri fotografi meramalkan kamera nircermin akan mengambil alih ruang yang diduduki oleh kamera SLR. Kamera nircermin adalah lebih padat dan tahan lasak berbanding kamera SLR yang mendominasi pasaran sejak 1960an. Bagi pemilik kamera nircermin yang inginkan gambar dengan rupa seakan Lomo, lensa Lomography Petzval 55mm f/1.7 telah dilancarkan.

Lomography Petzval 55mm f/1.7 akan dijual pada bulan Julai pada harga bermula $399 (~RM 1671) dengan kemasan aluminium, gangsa dan gangsa yang dicat berwarna hitam. Terdapat pilihan untuk cagak kamera Sony E, Canon RF dan Nikon 7,
