Kita kini di era digital dan tidak ramai yang mencetak gambar dalam bentuk fizikal berbanding dua dekad yang lalu. Kami yakin ramai di kalangan pembaca Amanz yang sudah bertahun tidak mencetak gambar dengan kerap dan hanya menyimpan memori di storan awanan. Tetapi Sony masih melihat terdapat permintaan untuk filem yang digunakan untuk mencetak gambar.

Filem ini tidak dihasilkan untuk digunakan pada kamera pada waktu ini tetapi lebih mensasarkan industri percetakan. Sony akan melakukan kajian untuk melihat penggunaannya selain sebagai medium percetakan yang boleh digunakan berkali-kali.
