1,000 Bekas Bubur Lambuk Diedar Kepada 100 Anak Yatim Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa Dan Rumah Cahaya Kasih Kota Damansara

18 Mar 2024 • 9:46 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

1,000 Bekas Bubur Lambuk Diedar Kepada 100 Anak Yatim Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa Dan Rumah Cahaya Kasih Kota Damansara

PETALING JAYA, 15 Mac – Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada 100 anak yatim dan pelanggan yang mengunjungi Pasar Raya Giant Hypermarket Kota Damansara melalui Program Tahunan Ramadhan bersama Giant dan penaja utama iaitu Maggi Malaysia. Program ini melibatkan aktiviti antara kakitangan Giant, Adabi, Faiza, Saji dan Kara dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada anak yatim, pelanggan dan masyarakat setempat.

image is not available

Program Tahunan Ramadhan bersama Giant adalah dibawah Program Tanggungjawab Social Korporat (CSR) Giant. Giant Kota Damansara merupakan salah satu daripada 42 cawangan seluruh Malaysia yang terpilih dibawah program CSR Giant bagi tahun 2024.

image is not available

Majlis Agihan Bubur Lambuk ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Giant, Encik Tiger Cheah, ADUN Kota Damansara, YB Muhammad Izuan Bin Ahmad, Puan Zalifah Binti Salikin, Pengarah Program Bantuan Domestik, Puan Huzairah Baharuddin, Pengarah YKN Zon Tengah, Encik Mizhar Bin Haji Mazlan, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor (Pengurusan) dan Puan Noor Eliza Mat Radzi Ketua Seksyen Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan.

image is not available

image is not available

Selain itu, Giant turut memberikan hadiah raya kepada anak yatim serta pemberian cenderahati daripada Pejabat Kesihatan Negeri Selangor. Giant turut menyambut baik sumbangan CSR ini dan berharap aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dalam mengeratkan silaturrahim diantara Giant, Agensi Kerajaan dan syarikat pengeluar makanan serta memperkukuh budaya saling sayang menyayangi di kalangan masyarakat.