“Keputusan ini untuk anak saya” – Shakilla Khoriri Lembut Hati, Gembira Nak Bagi Fizi Ali Jumpa Anak

Family & Parenting
22 Feb 2024 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah bermacam perbalahan yang berlaku, pelakon Shakilla Khoriri akhirnya terbuka hati untuk menyatukan kembali bekas suaminya, Fizi Ali dengan cahaya mata mereka.

Kata Shakilla, dia mahu menemukan anak mereka, Ameena Sofia dengan Fizi Ali secepat mungkin, jelasnya, dia tidak mahu anak mereka terkesan akibat perbalahan ini.

image is not available

“Kalau ikutkan hari ini saya nak bawa Ameena jumpa bapanya namun keadaan ini tidak bersesuaian dan tidak bagus untuk dia yang baru berusia lima tahun.”

“Apabila dia kata nak jumpa anak, saya gembira. Dia akan ambil pada 1 Mac ini. Sebagai ibu, saya biarkan dia ambil. Lagi cepat dia ambil pun tidak mengapa.”

image is not available

Jelas Shakilla yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pagi tadi selepas sebutan kes tuntutan hadanah, dia membuat keputusan itu bagi melindungi dan menjaga kesihatan mental Ameena.

“Kenapa empat hari saya tak boleh kongsi, hanya dia (Fizi) tahu mengapa. Apa boleh saya cakap keputusan ini untuk anak saya. Saya tak kisah orang lain.”

“Saya kena buat ini untuk jaga kesihatan mental Ameena. Saya tak mahu dia terkesan dengan keadaan dan kesalahan ibu bapanya. Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan.”

Sebutan kes hadanah kekal yang difailkan Fizi akan didengar semula pada 19 Meri depan. Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla pada 15 Disember lalu.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.