1,000 pesilat Pitas tempa nama di peringkat Asia

8 Aug 2024 • 3:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Daerah Pitas menempa nama di peringkat Asia apabila berjaya mencipta rekod persembahan Pencak Silat Paling Ramai melalui Asia Book of Records (ABR).

Menurut Pegawai Daerah Pitas Nahalan Mehdunah, program yang melibatkan 1,000 pesilat melalui 30 persatuan itu dilaksanakan pada 17 Februari di Dataran Salimpodon Pitas.

“Program ini diadakan bagi mendekatkan masyarakat melalui seni pencak silat selain membuktikan bahawa Pitas juga boleh mencipta nama di peringkat lebih tinggi,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Menurutnya, kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Juhar untuk menyampaikan sijil kepada peserta yang menjayakan program tersebut pada satu majlis penghargaan di ibu negeri, September ini.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “Diharap dengan kehadiran Tun Juhar akan menyuntik semangat generasi muda dan persatuan seni silat untuk terus memartabatkan seni tersebut melalui aktiviti-aktiviti bermanfaat,” katanya.

Hadir sama Penolong-penolong Pegawai Daerah Pitas Lee Chun Kiat, Asdi @Mohd Faizal Hussin dan Johari Abdullah serta Pengerusi Puspanita Pitas Saridah Ariffin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.