
TAWAU: Kerajaan diharap segera meluluskan peruntukan bagi pembinaan 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dicadang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, beliau selaku Adun kawasan bersama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sudah mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita berharap peruntukan bagi cadangan ini dapat diluluskan bagi membolehkan projek tersebut dapat dibina secepatnya,” katanya kepada media pada Jumaat selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kg Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas. Hadir sama, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.
Seramai 75 Ketua Isi Rumah (KIR) yang kini ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau tersebut, menerima sumbangan berupa kelengkapan dapur, bahan mentah dan keperluan peribadi serta wang tunai.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dalam pada itu, Nizam berharap lebih banyak rumah PPR dapat dibina di negeri ini sebagai usaha mengurangkan penempatan setinggan, termasuk Tawau, sekali gus menangani risiko berlaku kebakaran.
Beliau turut mengalu-alukan mangsa kebakaran yang memiliki tanah supaya memohon projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai salah satu alternatif untuk memiliki rumah kediaman sendiri.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menyentuh acara itu, beliau berharap sumbangan itu dapat sedikit sebanyak meringankan beban mangsa terlibat musibah kebakaran tersebut.
“Kita juga berharap kepada badan bukan kerajaan (NGO), individu yang mempunyai kelebihan mahupun pihak swasta supaya dapat turut serta menghulur bantuan kepada mereka.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Mudah-mudahan dengan bantuan yang diberi akan dapat memberi kelegaan kepada mangsa yang terbeban musibah,” katanya.
Nizam turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan terlibat dalam membantu operasi pemadaman kebakaran serta menyelaraskan bantuan kepada rakyat kawasannya yang terlibat insiden tersebut.
Dalam kebakaran sekitar jam 7.30 pagi Ahad lepas, sebanyak 60 rumah musnah dan mengakibatkan 631 mangsa, termasuk 77 bukan warga negara tinggal sehelai sepinggang.
Kejadian itu turut menyaksikan 253 bayi dan kanak-kanak, termasuk 22 bukan warganegara terjejas, sekali gus menjadikan jumlah golongan itu paling ramai direkodkan berbanding insiden kebakaran di daerah ini tahun lepas.
Untuk rekod, ketika ini terdapat dua PPR di Apas iaitu PPR Taman Sri Titingan (500 unit) dan PPR Taman Sri Apas (900 unit), manakala tiga lagi PPR di daerah ini terletak di Taman Sri Balung (900 unit), Taman Sri Semarak (500 unit) dan Taman Sri Bukit Tawau (400 unit).


