1,147 kandungan buli siber diturunkan dari media sosial sejak 1 Januari

27 Nov 2023 • 1:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 27 NOV: Sebanyak 1,147 kandungan berkaitan buli siber dan gangguan diturunkan daripada pelbagai platform media sosial antara 1 Januari hingga 15 November.

Timbalan menteri komunikasi dan digital berkata jumlah itu membabitkan 804 kandungan di TikTok, Facebook (195), masing-masing sembilan di Instagram dan YouTube serta platform lain (123).

Menurut Teo Nie Ching, pihaknya juga bercadang untuk mewujudkan akta khas bagi menangani masalah tersebut yang tidak boleh dipandang ringan terutama dalam kalangan belia.

“Saya secara terbuka menerima pandangan untuk mewujudkan akta khusus bagi (menangani) buli siber. Saya (sedia) bawa cadangan ini dan berbincang dengan pemegang taruh yang lain.

“Kita akan lihat mana satu kementerian (bersesuaian) untuk akta berkenaan,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kementeriannya turut melaksanakan pelbagai usaha bagi memberi kesedaran berkaitan penggunaan media sosial risiko penyalahgunaan internet.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved