1.33 juta rakyat Rohingya bertaburan di Asia

8 Oct 2026 • 1:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 1.33 juta rakyat Rohingya bertaburan di Asia

PETALING JAYA – Seramai kira-kira 1.33 juta etnik Rohingya kini berada di luar Myanmar, dengan Bangladesh menjadi negara yang menampung jumlah terbesar diikuti Malaysia, India, Indonesia dan Thailand.

Berdasarkan infografik Public Health Malaysia yang merujuk data terkini UNHCR sehingga 31 Disember 2025, Bangladesh menempatkan kira-kira 1.178 juta Rohingya, sekali gus menyumbang hampir 88.6 peratus daripada keseluruhan populasi Rohingya di luar Myanmar.

Malaysia pula berada di tempat kedua dengan kira-kira 125,500 orang, manakala India merekodkan sekitar 22,700 orang.

Indonesia menempatkan kira-kira 2,600 Rohingya, sementara Thailand mencatat jumlah sekitar 500 orang.

Secara keseluruhan, lima negara berkenaan menjadi lokasi utama penempatan Rohingya di rantau Asia selepas mereka meninggalkan Myanmar akibat konflik, tekanan dan ketidakstabilan yang berpanjangan.

Infografik itu turut menunjukkan kira-kira 519,647 Rohingya masih berada di Myanmar dan dikategorikan sebagai tidak mempunyai kewarganegaraan.

Angka berkenaan menggambarkan skala besar krisis pelarian Rohingya yang bukan sahaja memberi kesan kepada Myanmar, malah turut melibatkan negara-negara jiran di Asia Tenggara dan Asia Selatan. – KOSMO! ONLINE

The post 1.33 juta rakyat Rohingya bertaburan di Asia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved