1.4 Juta Ahli KWSP Terima RM500 Insentif Caruman Tambahan Kerajaan

LocalBusiness & Finance
10 Jan 2024 • 5:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya hari ini berikutan pengumuman pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari tahun lalu.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, KWSP berkata insentif berkenaan diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 masing-masing setakat 24 Februari 2023.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Insentif Caruman Tambahan Kerajaan itu juga dikreditkan kepada ahli-ahlinya yang berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun.

“Berikutan pengumuman pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februaru 2023, KWSP telah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun.

“Insentif ini diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023,” kata KWSP.

image is not available

Foto: Facebook KWSP

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Insentif Caruman Tambahan Kerajaan, layari laman rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my bagi soalan lazim.

Sumber: Facebook KWSP