1.4 juta ahli KWSP terima RM500 insentif caruman tambahan kerajaan

Business & Finance
10 Jan 2024 • 12:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

1.4 juta ahli KWSP terima RM500 insentif caruman tambahan kerajaan

diyana

10/01/2024 - 12:02

KUALA LUMPUR 10 Jan - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengagihkan insentif caruman tambahan kerajaan sebanyak RM500 kepada 1.4 juta ahlinya.

Pembayaran yang berjumlah RM708 juta itu adalah khusus untuk ahli berumur antara 40 dan bawah 55 tahun.

Dana persaraan itu berkata insentif berkenaan diperuntukkan kepada ahli yang mempunyai simpanan KWSP berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.

"Insentif caruman RM500 sekali bayaran ini yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

"Ini sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat lebih luas bagi membina masa depan kewangan yang berdaya tahan," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved