1,500 penduduk Gombak terima sumbangan kuih, duit raya libat peruntukan RM750,000

23 Mar 2025 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

GOMBAK, 23 MAC: Seramai 1,500 penduduk Parlimen Gombak menerima sumbangan duit dan kuih raya sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Dato’ Menteri Besar berkata sumbangan itu adalah tajaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dengan peruntukan keseluruhan RM750,000.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari sumbangan itu diberi kepada penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

“Sumbangan ini merupakan inisiatif MBI setiap tahun dan ia sudah berjalan hampir 10 tahun bertujuan meringankan beban golongan rentan dalam menyambut hari raya.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Tautan Kasih Aidilfitri di Dewan Seri Siantan Sungai Tua pada 23 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

“Kita berharap bantuan ini memberi keceriaan kepada penerima untuk membuat persiapan hari raya tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas serahan sumbangan Parlimen Gombak di Dewan Serbaguna MPAJ AU2 di sini hari ini.

Sementara itu, penerima Munijah Abu, 69, berkata dia bercadang menggunakan duit raya itu bagi membeli barangan keperluan asas.

image is not available
Munijah Abu, 69, bercakap kepada media di Majlis Tautan Kasih Aidilfitri di Dewan Seri Siantan Sungai Tua pada 23 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Untuk persiapan raya biasa sahaja, selalunya anak-anak uruskan. Mungkin duit bantuan hari ini saya akan guna untuk beli barangan keperluan asas,” katanya.

Shahaider Zakaria, 63, bercadang menggunakan duit bantuan itu sebagai duit raya kepada anak cucu pada Aidilfitri ini.

“Alhamdulillah, syukur dengan bantuan hari ini. Terima kasih Kerajaan Negeri, semoga program seperti ini diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

image is not available
Shahaider Zakaria 63, bercakap kepada media di Majlis Tautan Kasih Aidilfitri di Dewan Seri Siantan Sungai Tua pada 23 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Selain itu, Fazilah Abdullah, 65, bersyukur hampir setiap tahun terpilih sebagai penerima dan menyifatkan ia sangat membantu terutama ketika harga barangan meningkat ketika ini.

“Syukur sangat dapat duit raya dan kuih raya. Jimat belanja hari raya kami sekeluarga,” katanya yang tinggal bersama suami, tiga anak dan dua cucu.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Majlis Tautan Kasih Aidilfitri di Dewan Seri Siantan Sungai Tua pada 23 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima sumbangan Aidilfitri selepas Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna MPAJ Au2 Keramat pada 23 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved